Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ayatullah Mohammad Emami Kashani dalam khutbah Jumaat di Univeristi Tehran semalam menyentuh tentang komplot musuh di beberapa negara terutama sekali di Syria. Menurut beliau, kumpulan pengganas yang bernaung di bawah panji-panji Taliban dan al-Qaeda telah mengalami kekalahan secara terhina di Syria dan sekarang mereka bergabung pula di bawah panji-panji Negara Iraq dan Sham (ISIS).
Tambah beliau lagi, kumpulan pengganas berpindah randah dari satu kawasan ke kawasan lain dan sekarang mereka menyusup masuk ke Iraq.
"Cara untuk menghadapi jenayah yang dilakukan kumpulan pengganas Takfiri ini ialah bergantung dengan solidariti rakyat Iraq dan tawakkal kepada Allah.
"Sekiranya kita kita ingin berjuang, kita perlu memelihara masjid-masjid dan pusat-pusat beribadah kepada Allah, jika tidak kita akan kehilangan segala-galanya", tegas beliau.
Selain itu Ayatullah Kashani menyentuh tentang komplot pengganas terhadap Republik Islam Iran dan berkata, "Kewaspadaan, solidariti rakyat dan Wilayatul Faqih telah menyumbang kepada kehancuran seluruh konspirasi musuh dan melemparkannya ke dalam tong sampah sejarah".
Kata beliau lagi, "Masyarakat Islam dan Republik Islam di Iran telah bangun sejak hari pertama konspirasi, ianya telah digagalkan dengan Wilayatul Faqih yang diterajui Imam Khomeini dan para pemimpin revolusi".
14 Jun 2014 - 08:32
News ID: 615858
Khatib solat Jumaat di Tehran, Mohammad Emami Kashani menyeru warga Iraq bersatu dalam menghadapi kumpulan pengganas ISIS.